Friday, June 14, 2013

Ujian itu hanya sementara

Assalamualaikum kepada semua pembaca blog ini..
       Tujuan saya menulis blog ini adalah untuk menyatakan bahawa sebagai seorang manusia pasti  tidak akan lari daripada ditimpa ujian atau musibah Allah s.w.t...Biar saya teka kebanyakkan yang melawati blog saya ini pasti sedang mempunyai masalah atau mungkin ada yang hanya ingin menambah ilmu..saya harap pembaca sekalian dapat muhasabah diri daripada apa yang akan anda baca daripada blog saya nie..

         Tipulah sekiranya saya katakan yang saya sedang gembira sekarang kerana saya sendiri sedang menghadapi ujian daripada Allah s.w.t.Memang kadang-kadang kita akn berasa sangat cemburu bila melihat kawan2 atau sesiapa pun bahagia dan seperti langsung tiada masalah,tetapi hakikatnya mereka juga sedang menjalani takdir dan ujian yang ditetapkan oleh sang pencipta Allah s.w.t..Kita seringkali merungut menyatakan "mengapa,kenapa aku yang harus ditimpa ujian seberat ini??adakah Allah tidak menyayangi ku??"persoalan seperti ini lah yang bermain di minda kita setiap kai ditimpa ujian..Tahukah kita sekiranya kita mempersoalkan takdir Allah,itu namanya biadap kepadaNya..Sesungguhnya saya sendiri pernah berasa begitu jadi setelah saya muhasabah diri,saya memihon keampuan daripada Allah..untuk pengetahuan semua saudara,Allah menimpakan ujian kepada kita sebenarnya tanda Allah sayang dan mahu kita sentiasa bersama denganNya.Cuba kita fikirkan sekiranya Allah tidak memberi ujian seberat ini mampukah kita untuk mengubah diri kita kearah yang lebih baik?Adakah kita tidak pernah lalai atau alpa?Kebanyakkan manusia akhir zaman ini Allah biarkan ia dengan kelalaian dunia tetapi kita telah terpilih untuk menjadi orang yang dikasihi Allah,tidakkah kita beruntung wahai saudara..
         
             Saya sejak kecil lagi ditimpa pelbagai ujian Allah seperti kehilangan orang tersyang,kemiskinan harta,kehausan kasih sayang,perasaan rindu,hiba,sedih,duka sentiasa menyelubungi diri saya,namun berdirinya saya adalah kerana Allah..sesungguhnya Allah tidak akan menimpakan kita ujian yang tidak sanggup ditanggung oleh kita..
            Berkaitan ingin mencari ketenangan,setiap kali sebelum kita tidur niatkan lah dalam hati aku memaafkan semua orang yang berbuat dosa sama ada di depan atau dibelakangku dan berzikirlah sebanyak 30 kali "Astagfirullahhalazim" serta berdoa agar diberikan ketenangan  dan kesabaran daripada Allah untuk menjalani ujianNya pada keesokkan hari..InshaAllah dengan izinNya kita akan rasa tenang dalam menghadapi ujian..
Jangan lupa fikir POSITIF terhadap ujian dan musibah,kerana sesungguhnya ketenangan itu dimiliki oleh orang yang bahagia apabila ditimpa ujian Allah..Besar ganjaran bagi orang yang bersabar.


    KETIKA HATIMU PILU TIADA PENAWAR,
    KETIKA BAHUMU LEMAH TIADA SANDARAN,
                              INGATLAH
HASBUNALLAH WA'NIQMAL WAKIL(cukuplah Allah menjadi penolongku)

LATAHZAN INNALLAHA MA'ANNA(jangan bersedih sesungguhnya Allah sentiasa bersamamu)

INNALLAHA MA'ASSOBIRIN(sesungguhnya Allah setiasa bersama dengan orang orang yang bersabar)

Marilah kita mengucap alhamdullilah dan bersujud kepada Allah,semoga kita dilimpahkan rahmat kesabaran ole yang maha Esa.Sesungguhnya ujian cabaran hidup yang harus dan wajib dilalui..Cari lah ketenanganmu dalam setiap sujud mu terhadapNya..InshaAllah air mata tidak akan kekal abadi..Berdoa dan berdoalah kerana doa tiada hijabnya..sedangkan doa syaitan Allah makbulkan inikan pula kita umat Nabi Muhammad saw.

MAAF sekiranya ada tersalah atau terkasar bahasa,semoga ujian yang diberi oleh Allah akan membuka pintu pintu syurga buat kita serta memberi kesedaran buat diri yang hina ini.... okay bye tak payah sedih sedih,sekarang pergi ambil wudhuk dan solat inshaAllah tenang dari segala masalah...bye,kalau ada masalah jom kita kongsi2kan..semoga saudara serta saudari sekalian dirahmati Allah..
        #Daripada hamba Allah yang sedang menghadapi ujian yang berat#